Saturday 6 March 2010

Ilmu perubatan Islam (Part 1)

Asalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, kedatangan Ustaz Mohd Tirmizi Zainal di Leeds ni tidak disia-siakan apabila kami dapat mengambil kesempatan untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang ilmu perubatan Islam.. Beliau adalah seorang pengamal perubatan yang belajar di Darul Syifaa dan menerima ijazah perubatan Islam daripada Ustaz Dr. Harun Din.. Pernah berada dalam PISANG (Professional Islamic Support and Nurture Group) tetapi sekarang telah pun keluar dari badan NGO ini. Ini adalah kali kedua kami dapat berjumpa dengan ustaz dan menimba ilmu bersama.

Kelas dimulakan dengan pengenalan tentang ilmu perubatan Islam itu sendiri dimana ia merupakan satu ilmu yang sangat luas dan tidak terhad kepada perkara-perkara berkaitan jin semata-mata. Ia adalah berkaitan ketauhidan kepada Allah dan aqidah yang menentang khurafat, syirik dan bid'ah.. Ilmu perubatan Islam ini juga sebenarnya telah lama ditinggalkan oleh masyarakat dan sedikit sebanyak telah dapat berkembang di dunia seperti mana sistem kewangan Islam yang pada masa ini semakin mendapat tempat dikalangan orang-orang Barat. Sekiranya dapat untuk membaca buku Qanun Al-Tibb hasil tulisan Ibnu Sina di Maktabah Iskandariah, Mesir, Ibnu Sina telah menulis beberapa potong ayat Al-Quran dari setiap penyakit yang beliau kaji. Ini menunjukkan bahawa ilmu perubatan yang dipelajari (bukan ilmu perubatan sahaja) tidak dapat lari dari Islam itu sendiri dan menunjukkan betapa pentingnya untuk seorang ahli perubatan Muslim untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang ilmu perubatan islam.

Ada beberapa potong ayat Al-Quran dimana Allah menerangkan kepada kita bahawa Al-Quran ini sebagai penyembuh kepada penyakit.

Q.S. Yunus (10) : 57

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."



Q.S. Al Isra (17) : 82


"Dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian."


Maka perlula diyakini bahawa Allahlah yang akan menyembuhkan segala penyakit dan Al-Quran sebagai penawar dan ajaran oleh Allah kepada kita semua.


Selebihnya, ustaz menyampaikan isi pengisiannya dengan mempelajari makhluk-makhluk halus menurut Al-Quran dan As-Sunnah dan hakikat jin seperti mana di dalam Surah Al-Hijr ayat 26 dan 27 yang berbunyi:


" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada lumpur yang hitam, yang berubah bentuknya (warna dan baunya). Dari Jin, Kami jadikannya sebelum itu dari api yang panas."



Part seterusnya ialah mengetahui hakikat jin, syaitan, qarin dan iblis seperti perbezaan antara jin, syaitan dan iblis, kehidupan dan tempat tinggal jin, rupa bentuk jin, dan jenis-jenis jin.


Sangat suka untuk saya berkongsi pengisian yang disampaikan oleh ustaz berkenaan ilmu ini yang jarang untuk kita perolehi. Berkenaan pengalaman ustaz merawat sakit-sakit biasa seperti enzima, barah dan penyakit-penyakit dari gangguan makhluk halus, tentang bagaimana Rasulullah mengajarkan Ibnu Abbas cara untuk merawat penyakit, berkenaan kehidupan jin yang lahir 2000 tahun awal dari manusia, kisah khurafa' yang dihadapkan di mahkamah jin, kisah firaun yang mendapat berita kerasulan Nabi Musa AS melalui jin dan kesan kelahiran Rasulullah SAW kepada makhluk halus ini.


InsyaAllah recorded video akan disertakan sekali dalam entry ini buat mereka yang ingin mendengar agar lebih jelas tentang artikel yang ditulis ini. Sekian..

Friday 5 March 2010

Huu, byknyeerr buku BEST..! Jom beli ;-)


Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum wbt..

Haaa, my postage of PTS Publication books da sampai.. Alhamdulillah, buku-buku yang diorder da pn sampai dgn selamatnye.. Tak ada pun yang rosak.. Huu, really glad! Nak tgk tengok tak buku ape yg ade..


GBP7.50

GBP 9.00




GBP7.50



GBP7.5o


GBP6.50



GBP9.00



GBP7.50




GBP7.50



GBP7.00



GBP10.00



GBP9.50



GBP 9.00




GBP2.50



GBP8.50



GBP8.50




GBP7.00




GBP8.50




GBP8.00




GBP7.50



GBP6.50



GBP10.00




Haaa, kalau ada yang minat boleh beli terus to me.. Kalau ada yang beli lebih dari 3 buah buku, insyaAllah ada diskaunnye.. Cara lain nak dapatkan diskaun, datang terus ke rumah Wardah Diniah dekat 13 Kelso Road ya.! Hehe...

Here are my contact details for those who wanna contact me..

Nur Saedah
07540441617
saedah_azie@yahoo.com

Kalau nak buat online banking, ni details nye..

Acc name: Nur Saedah
Bank: Lloyds TSB
Acc no: 25899860
Sort code: 30-98-93

Selamat Membeli!!!