Sunday, 27 February 2011
::Siapakan yang lebih mencintaimu lebih daripada dirimu sendiri::
Monday, 12 April 2010
Adakah Diri Kita Termasuk..?
﴿١١﴾11. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ ﴿١٢﴾12. (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuhnikmat.
ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ ﴿١٣﴾13. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusiayang terdahulu;
وَقَلِيلٌ مِّنَ الْآخِرِينَ ﴿١٤﴾14. Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
عَلَى سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ ﴿١٥﴾15. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhtakebesaran yang bertatahkan permata;
مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ ﴿١٦﴾16. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ ﴿١٧﴾17. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal(dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ ﴿١٨﴾18. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh sertapiala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya
yang mengalir.
لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ ﴿١٩﴾19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabukdengan sebab menikmatinya.
وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠﴾20. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan darijenis-jenis yang mereka pilih,
Huraian:
Mendengar ayat ini dibacakan, Saidina Umar al-Khattab datang berjumpa Rasulullah dan menyatakan kebimbangan beliau tentang ayat ini. Khuatir dirinya tidak termasuk dalam golongan ini. Juga ramai para sahabat yang berasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat masuk ke syurga Allah di akhirat nanti. Rasulullah tidak menjawab persoalan mereka kepada Baginda selama setahun sehingga turunnya ayat al-quran daripada surah yang sama ayat 39-40;
﴿٣٩﴾39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
وَثُلَّةٌ مِّنَ الْآخِرِينَ ﴿٤٠﴾40. Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Saturday, 10 April 2010
~Keajaiban Mereka dalam Mentaati Perintah Allah~
Saturday, 6 March 2010
Ilmu perubatan Islam (Part 1)
Q.S. Yunus (10) : 57

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."
Q.S. Al Isra (17) : 82

"Dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian."
Maka perlula diyakini bahawa Allahlah yang akan menyembuhkan segala penyakit dan Al-Quran sebagai penawar dan ajaran oleh Allah kepada kita semua.
Selebihnya, ustaz menyampaikan isi pengisiannya dengan mempelajari makhluk-makhluk halus menurut Al-Quran dan As-Sunnah dan hakikat jin seperti mana di dalam Surah Al-Hijr ayat 26 dan 27 yang berbunyi:


" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada lumpur yang hitam, yang berubah bentuknya (warna dan baunya). Dari Jin, Kami jadikannya sebelum itu dari api yang panas."
Part seterusnya ialah mengetahui hakikat jin, syaitan, qarin dan iblis seperti perbezaan antara jin, syaitan dan iblis, kehidupan dan tempat tinggal jin, rupa bentuk jin, dan jenis-jenis jin.
Sangat suka untuk saya berkongsi pengisian yang disampaikan oleh ustaz berkenaan ilmu ini yang jarang untuk kita perolehi. Berkenaan pengalaman ustaz merawat sakit-sakit biasa seperti enzima, barah dan penyakit-penyakit dari gangguan makhluk halus, tentang bagaimana Rasulullah mengajarkan Ibnu Abbas cara untuk merawat penyakit, berkenaan kehidupan jin yang lahir 2000 tahun awal dari manusia, kisah khurafa' yang dihadapkan di mahkamah jin, kisah firaun yang mendapat berita kerasulan Nabi Musa AS melalui jin dan kesan kelahiran Rasulullah SAW kepada makhluk halus ini.
InsyaAllah recorded video akan disertakan sekali dalam entry ini buat mereka yang ingin mendengar agar lebih jelas tentang artikel yang ditulis ini. Sekian..