Monday 12 April 2010

Adakah Diri Kita Termasuk..?

Daripada Surah Al-Waqiaah ayat 11-21:

أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ ﴿١١﴾11. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ ﴿١٢﴾12. (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh
nikmat.
ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ ﴿١٣﴾13. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia
yang terdahulu;
وَقَلِيلٌ مِّنَ الْآخِرِينَ ﴿١٤﴾14. Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.عَلَى سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ ﴿١٥﴾15. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta
kebesaran yang bertatahkan permata;
مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ ﴿١٦﴾16. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ ﴿١٧﴾17. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal
(dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ ﴿١٨﴾18. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta
piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya
yang mengalir.
لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ ﴿١٩﴾19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk
dengan sebab menikmatinya.
وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠﴾20. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari
jenis-jenis yang mereka pilih,


Huraian:
Daripada ayat di dalam surah al-Waqiah ini, Allah berjanji kepada orang-orang yg beriman dengan janji yg pasti iaitu syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan yg tidak terhingga. Pada ayat yg berikutnya, Allah menjelaskan situasi dan keadaan di dalam syurga tersebut. Sebelum itu, Allah juga menjelaskan siapakan golongan yang akan menjadi penghuni syurga tersebut. Iaitu sebahagian besar daripada umat yang terdahulu, dan sebahagian KECIL daripada umat kemudian..
Mendengar ayat ini dibacakan, Saidina Umar al-Khattab datang berjumpa Rasulullah dan menyatakan kebimbangan beliau tentang ayat ini. Khuatir dirinya tidak termasuk dalam golongan ini. Juga ramai para sahabat yang berasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat masuk ke syurga Allah di akhirat nanti. Rasulullah tidak menjawab persoalan mereka kepada Baginda selama setahun sehingga turunnya ayat al-quran daripada surah yang sama ayat 39-40;
ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ ﴿٣٩﴾39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,وَثُلَّةٌ مِّنَ الْآخِرِينَ ﴿٤٠﴾40. Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

Saturday 10 April 2010

~Keajaiban Mereka dalam Mentaati Perintah Allah~

Diri saya terpanggil untuk membicarakan tentang tajuk ini atas kekaguman saya apabila mendengar, membaca, mengetahui dan menghayati sirah-sirah nabawiyah bersama para sahabat dan umat selepasnya. Memuhasabah diri saya dan membandingkan dengan keperibadian mereka. Memperbaiki diri saya agar mampu mengapai cinta Ilahi, insyaAllah.

Di dalam salah satu kitab yg dikarang oleh As-syeikh Syed Abul Hassan Ali An-Nadwi, ada dinyatakan tentang ciri-ciri mujtama' islami yang dibentuk oleh Rasulullah SAW. Salah satu ciri yang dinyatakan oleh beliau di dalam buku yang dikarang olehnya adalah tentang keajaiban umat di zaman itu dalam mentaati perintah Allah..

Salah satu contoh yang dapat kita lihat tentang keperibadian mereka dalam mentaati perintah Allah adalah semasa bermulanya pengharaman arak kepada umat islam. Pada masa tersebut, orang arab ini sangat mengagungkan arak sehingga balang-balang arak disimpan di dalam balang yang diletakkan di atas rumah. Mereka sangat suka meminum arak sehingga keluar dan berjalan dengan tangan membawa botol-botol arak. Setelah arahan pengharaman arak secara total diturunkan oleh Allah pada peringkat ketiga, maka sahabat-sahabat yang mendengar ayat Allah ttg pengharaman tersebut seperti orang yg kelam kabut pulang ke rumah mereka dan memecahkan kesemua balang-balang arak yg berada di rumah mereka. Mereka memecahkan balang-balang arak itu sambil mengucapkan, "kami taat ya Allah, kami taat ya Allah, kami memohon keampunan ya Allah, kami memohon keampunan ya Allah". Sehingga ada yang menyatakan bahawa Bandar Madinah pada masa tersebut seperti sebuah bandar yang dilanda dengan banjir kecil akibat banyak balang-balang arak yang dipecahkan oleh para sahabat kerana takut dan taat mereka kepada Allah.

MasyaAllah, tidak mampu untuk membayangkan ketaatan mereka terhadap perintah Allah dan Rasulullah. Kerana mereka pada masa itu mereka adalah orang yg sangat cinta kepada arak. Meminum arak pagi dan petang. Bagaimana mereka ini adalah umat yang ditarbiyah oleh Rasulullah iaitu ummah yang tidak hanya lahir dan difahamkan oleh teori semata-mata tetapi mereka juga berjaya dalam ujian praktikal. Tidak hanya mengetahui dari segi teori semata-mata, tetapi patuh dan taat dengan perbuatan. Tanpa sebarang dalih, tanpa sebarang alasan. Mereka taat, mereka patuh.

Adakah masih ada generasi seperti ini di dunia.. Adakah kita mampu menjadi seperti mereka. Generasi yang taat pada perintah Alla. Bukan sahaja taat kepada perintah Allah,tetapi bekerja untuk melahirkan ummah yang sangat cinta kepada Allah dan Rasulullah. Masyarakat yang soleh dan musleh. Tarbiyah yang dijalankan oleh Rasulullah. Sehingga mampu melahirkan daie-daie yang aqidahnya adalah sahih dan benar. Dan kita bukanlah golongan yang memulakan dakwah yang dijalankan oleh mereka. Wanauzubillah, bukanlah golongan yang menamatkan penerusan proses dakwah ini. Kita adalah orang yang menyambung dan memeruskan proses dakwah yang dilakukan oleh mereka.. Semoga kita termasuk dalam golongan amilin yg bekerja untuk islam, bersenang dan bersusah untuk islam, lapang dan sempit untuk islam, hidup dan matinya kerana islam...