Sunday 27 February 2011

::Siapakan yang lebih mencintaimu lebih daripada dirimu sendiri::

Asalamualaikum wbt...

Sudah lama sebenarnya diri ini tak mengeluarkan apa2 artikel.. InsyaAllah, moga selepas ini akan lebih rajin untuk berkongsi sesutu kepada para pembaca.. Moga usaha kita sentiasa dikira dihadapan Allah.. Istiqamah itu adalah lebih utama walaupun sedikit...

Satu video yang sangat memberikan kesan buat diri..


Video ini agak panjang.. Jadi ana sangat suka kalau setiap yang membaca post ini untuk spend a little bit of time that Allah give to you to watch this valuable talk from a very good speaker, Bilal Assad.. Sebenarnya tak tahu banyak pasal penceramah ini but alhamdulillah, penyampaian beliau sangat memberikan kesan yang mendalam kepada para pendengar.. Kagum dan berazam untuk belajar dan menjadi lebih baik dalam menyampaikan sesuatu yang diketahui demi kebaikan Islam jua insyaAllah..

Terlalu banyak untuk disampaikan tentang perasaan ana apabila mendengar ceramah ini.. Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.. Terlalu rindu akan Baginda yang sangat menyayangi umatnya,, tak mampu menandingi kasih sayang setiap dari kita terhadap Baginda..

Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah umatmu dan mengharapkan syafaatmu.. Maka pandanglah diriku...

Moga bermanfaat.. Moga diri ini akan menjadi lebih baik di masa akan datang.. Dari Saidina Ali RA "beruntunglah seseorang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah seseorang yang hari ini sama seperti semalam. Dan ceakalah seseorang yang hari ini lebih buruk dari semalam."

BarakAllahu fikum jamia'an.. May Allah rewards us with Jannah... InsyaAllah..